RAWATAN JERAWAT KLINIK DR DIANA
Tahukah anda 85% rakyat Malaysia berumur 12-24 tahun mengalami masalah jerawat? mengikut ‘Journal of Primary Healthcare Research’, 67.5 peratus remaja Malaysiamempunyai masalah jerawat muka,dan ramai yang bertambah teruk dngan peningkatan usia.
Jerawat bukan sahaja memberi kesan pada kulit bah kan ia juga mengganggu emosi dan keyakinan diri. Jerawat telah menyebabkan kemurungan pada mereka dengan parut yang teruk dan traumatik.
Bagaimana Jerawat Terjadi?
Pada kulit manusia, terdapat liang- liang pori yang menghubungkan permukaan kulit dan kelenjar minyak / sebum di bawah kulit.
Minyak / sebum adalh berguna untuk kulit , memberi perlindungan , mengekalkan hydrasi dan sebagainya .Kulit menghasilkan lebih banyak sebum semasa baligh.
Walaubagaimanapun jika penghasilan sebum yang tidak diregulasi , akan memperlahankan kitaran sel kulit, memerangkap sel kulit mati , habuk , kekotoran an menyebab kan terhasilnya ‘comedones’, Dan jika comedone ini jangkiti bakteria, ia kan menghasil kan jerawat yang merah dan bernanah.
Kenapa Kita Rawat Jerawat?
1) Rawatan awal boleh mengurangkan komplikasi jangkitan jerawat dari merebak.
2) Mencegah pembentukan parut ,jerawat dalam' / 'cystic acne', yang jauh lebih sukar untuk dirawat.
3) Meningkatkan kesejahteraan emosi anda.
4) Mendapat keyakinan diri.
5) Merawat jerawat lebih awal dan mengawalnya boleh mengelakkan jerawat akan datang.
Kaedah Rawatan
Kami merawat jerawat secara individu, berdasarkan masalah kulit dan penilaian. Antara rawatan:
1) 'Chemical Peel'
'Pengelupasan kulit' dilakukan pada kulit untuk mengelupas kulit mati . cara ini adalah cara terbaik untuk membuang bintik hitam dan bintik putih, serta mengurangkan sel kulit mati penyebab liang pori tersumbat.Di Klinik Dr Diana, kami menyediakan pelbagai jenis 'Chemical peel' mengikut kesesuai jenis kulit persakit. Doktor kami akan memeriksa kulit anda sebelum melakukan rawatan
2) Krim/losyen ubat.
Ubat preskripsi digunakan untuk mengawal pengeluaran minyak, jumlah bakteria , dan membantu dalam rawatan jerawat dan bintik hitam. Bahan aktif seperti AHA / BHA dan Vitamin A adalah sangat berguna dalam merawat jerawat.
3) Ubat oral
Antibiotik oral, sebagai contoh, adalah salah satu kaedah rawatan untuk jerawat. Penggunaan ubat -ubatan ini adalah dari priskripsi doktor , selepas memeriksa jerawat persakit.
4) Laser
Terapi laser bermanfaat dalam merawat pelbagai jenis jerawat, termasuk mengawal jerawat bintik hitam, jerawat bintik putih, jerawat papula dan pustular, dan jerawat hormon. Tindakan fotoakustik laser membunuh bakteria jerawat. Rawatan laser juga dapat pengurangan pengeluaran minyak dan pengurangan saiz liang.
5) Pengekstrakan dan "Suntikan Jerawat"
Jerawat adalah keadaan berulang. Pengekstrakan dan suntikan ubat menghentikan keradangan, membolehkan penyembuhan yang betul, dan mengurangkan parut.
6) Penjagaan kulit (skin care) gred perubatan untuk penjagaan di rumah.
Adalah penting untuk memahami bahawa pemulihan jerawat bukanlah proses serta-merta, ia memerlukan kesabaran dan ketekunan. Oleh itu, jangan berputus asa; sebaliknya, mendidik diri anda tentang kulit anda dan dapatkan terapi yang sesuai.
'Tekanan emosi akibat jerawat tidak boleh diabaikan. rawatan awal yang betul mampu menghindarkan dari Parut Yang kekal'