icon-search

Hapuskan Pigmentasi Anda !!

Masalah pigmentasi sangat kerap berlaku di Malaysia, disebabkan oleh pancaran matahari yang terik, keturunan, aktiviti harian, pilihan gaya hidup, pekerjaan, masalah kesihatan atau kesan sampingan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, ramai pesakit mengambil pendekatan yang salah. 

Masalah tompok gelap bukan sahaja boleh menyebabkan kulit kita kelihatan tidak bermaya, tetapi pesakit juga boleh merasa rendah diri dan menyebabkan hilang keyakinan terhadap diri sendiri. 

Terdapat beberapa jenis masalah pigmentasi, dan kebiasaanya ia boleh berlaku serentak: 

FB + iG Feed Post.jpg
FB + iG Feed Post (1).jpg
FB + iG Feed Post (2).jpg
FB + iG Feed Post (3).jpg
FB + iG Feed Post (4).jpg
FB + iG Feed Post (5).jpg


Di Klinik Dr Diana, kami merawat pigmentasi secara khusus, berdasarkan masalah individu.

Kaedah Rawatan:

1. Diagnosis yang tepat akan penyebab masalah oleh Doktor perubatan. 

2. Merangka rawatan berdasarkan masalah secara individu 

3. Memberi nasihat penjagaan kulit supaya masalah pigmentasi Sebelum rawatan, mengenal pasti jenis pigmentasi dan kenapa pigmentasi itu berlaku adalah sangat penting. Kenapa? Kerana rawatan pencerahan yang ideal bergantung kepada punca. 

Jenis-jenis rawatan adalah seperti: 

Produk penjagaan wajah harian 

Bermula dengan pencuci wajah yang lembut, pelembap, sunscreen dan krim pigmentasi. 

Ubat-ubatan

Terdiri daripada ubat makan dan krim sapu. Perlu dipantau oleh doktor yang merawat secara berkala. 

Oral Supplement untuk pengerahan kulit. 

Supplement makan yang mempunyai beberapa bahan aktif sebagai sumber antioksida dan agen pencerah yang boleh mengurangkan pigmentasi. 

Skin booster dan suntikan anti pigmentasi. 

Berfungsi menyediakan kulit yang lebih sihat dan lembap sebelum melakukan rawatan laser. Rejuran healer, Derma E, Diamond Feel adalah antara skin booster yang terdapat di Klinik Dr Diana mampu membaiki bahagian kulit yang rosak, dan mencerahkan pigmen akibat cahaya matahari. 

Rawatan Exfoliasi

Rawatan exfoliasi akan memberi kesan yang baik , terutamanya dalam merawat masaalah pigmentasi yang berlaku di lapisan atas kulit. Di Klinik Dr Diana, terdapat rawatan seperti, 'Chemical Peel' , ' Microneedling' , 'Oxygeneo', yang bagus dan berkesan.  

Rawatan Laser Pigmentasi 

Laser pigmentasi, akan memecahkan molekul-molekul gelap, dan menghasilkan kulit yang lebih cerah dan sekata.

Klinik Dr Diana mengunaankan Mesin laser PICO, teknologi laser terkini, kami adalah KLINIK PERTAMA di negeri sembilan yang menawar kan rawatan 'Laser PICO' . 


Pejagaan Selepas Rawatan dilakukan

Supaya pemulihan lebih cepat dan mengelakkan sebarang irritasi kulit :

- Mengunakan kain lap yang lembut ketika mencuci wajah. 

- Elakkan terdedah pancaran cahaya matahari selama 1-2minggu 

- Sentiasa memakai pelindung matahari dan pelembab yang mencukupi. 


Jika anda ada sebarang keraguan atau pertanyaan, sila hubungi kembali Klinik Dr Diana, kami sedia membantu dan memberi pencerahan.


Sebelum dan Selepas

PIH (7).jpg

PIH (9).jpgPIH (11).jpgPIH (13).jpgPIH (16).jpg

Your cart is currently empty.
Continue shopping