search

5 Penyebab Jerawat Timbul

5 Penyebab Jerawat Timbul
Mengapa Jerawat Terjadi?

Jerawat boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza, termasuk:

1) Lonjakan hormon androgen, lebih tepat lagi, adalah ketidak stabilan hormon. Rangsangan dalam hormon androgen akan mengakibatkan peningkatan dalam pengeluaran sebum/minyak, yang akan meningkatkan kebarangkalian pori-pori anda tersumbat. 

2) Terdapat 2 ketagori makanan yangboleh mengakibatkan jerawat:
a) Makanan dengan indeks glisemik tinggi, seperti mi segera,'fastfood', kek dan pastry. 
b) Jerawat dikaitkan dengan pengambilan 'protein whey' dalam susu, produk tenusu dan makanan tambahan yang mengandungi protein whey. 

3) Penggunaan barangan kosmetik yang tidak betul. Barangan kosmetik yang boleh meyebabkan linag pori tersumbat dan yang memberi irritasi kepada kulit.

4) Menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak betul yang mengandungi bahan komedogenik boleh mengakibatkan peningkatan pengeluaran sebum dan minyak. 

5) Tekanan pada tahap emosi atau badan. Ia masih menjadi kontroversi jika tekanan adalah faktor keterukan jerawat, namun terdapat kajian yang mencadangkan ia mungkin berlaku.


Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping