Kebarangkaliannya kamu pernah mendengar atau terbaca berkenaan ‘Rejuran healer’ / ‘Rejuran Salmon PDRN’ dari doktor asthetik / atau doktor kulit. Tetapi kenapa REJURAN ini sangat popular?
Konsep utama disebalik Rejuran Healer adalah memberi tumpuan kepada pemulihan dan perlindungan. Polynucleotides (PN), bahan aktif yang ada dalam Rejuran Healer, berfungsi dengan membaiki dan melindungi kerosakan pada kulit, serta meminimumkan kerosakan keradangan. Ia selamat, stabil dan lembut pada kulit. Rejuran Healer juga menyegarkan kulit dengan meningkatkan sintesis kolagen melalui rangsangan fibroblast, yang meningkatkan keanjalan dan tekstur kulit dan juga mengawal pengeluaran minyak untuk kulit agar lebih sihat.
Kebaikan Polynucleotides (PN)
Polynucleotides ialah serpihan DNA biokompatibel dengan saiz tertentu.
Nucleotide tahan haba dan bebas imun yang diperoleh daripada salmon yang diketahui mempunyai keserasian tertinggi dengan manusia.
Ia meningkatkan keadaan kulit dalaman dan membaiki struktur kulit dengan menghasilkan kulit yang baharu.
Ia meningkatkan keanjalan kulit dengan memastikan epidermis dan dermis sihat, serta membaiki kerosakan (umur) yang disebabkan oleh penuaan kulit, cahaya ultraungu, dan rangsangan kulit yang lain.
Bagaimana rawatan Rejuran Healer berfungsi ?
Ia diambil daripada rantaian Polynucleotides (PN) DNA salmon, yang mempunyai struktur yang setanding dengan DNA manusia. Oleh itu, ia selamat digunakan pada manusia kerana tiada tindak balas imunologi atau kesan sampingan yang buruk. Kulit manusia boleh diremajakan dengan ekstrak PDRN daripada DNA salmon.
Krim penahan sakit atau anestetik akan diberikan pada kulit sebelum dos Rejuran Healer disuntik ke dalam lapisan atas kulit untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang dihasilkan oleh suntikan. PN/PDRN mempunyai beberapa kelebihan, termasuk keupayaan untuk meningkatkan metabolisme sel kulit dan pembentukan kolagen.
Kebaikan Rawatan Rejuran Healer
- Merawat kulit kendur, pori-pori, lingkaran hitam, tanda regangan (selulit), pemutihan dan parut jerawat.
Memberi keanjalan yang sempurna pada kulit
Mengembalikan tekstur dan tona kulit yang lebih sekata
Mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah
Memperbaiki ketebalan tisu kulit dan mengurangkan masalah kulit muka berminyak
Menggalakkan penyembuhan luka
Mengecilkan liang pori
Menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih anjal.
Oleh itu, adakah Rejuran Healer ini jawapan kepada masaalah anda?
Walaupun rejuran didapati berkesan dan mendatangkan hasil yang baik dalam rawatan masaalah kulit terutamanya dalam anti penuaan, penggunaannya untuk tujuan estetik adalah secara relatif nya masih baru. Kebanyakan kajian yang dilakukan setakat ini adalah pada skala yang sederhana, dan penyelidikan saintifik tambahan masih diperlukan .
Yang pastinya, ia adalah prosedur rawatan yang akan memberi doktor lebih banyak alternatif untuk meremajakan kulit yang rosak. Ia tidak akan menggantikan rawatan anti-penuaan lain seperti ‘dermal filler’ dan laser , tetapi pengunaanya , sekali dengan rawtan lain akan memberikan hasil yang lebih baik!