icon-search

Anda Ada Soalan Tentang Pico Laser?

Anda Ada Soalan Tentang Pico Laser?

Ada ramai yang 'whatapp' kami bertanya berkenaan dengan Rawatan PICO laser. Ada yang tahu berkenaan dengan Pico laser ini dari social media,iklan dan rakan - rakan, tapi masih banyak persoalan yang masih belum terjawab.
Berikul adalah sebahagian dari soalan-soalan yang sering diajukan oleh lient kami:


1) Apa Itu Rawatan Pico Laser?

a) Rawatan Pico laser adalah rawatan kulit yang menggunakan mesin laser.
b) Pico laser adalah sejenis teknologi mesin laser tercanggih hari ini, yang mempunyai ‘safety profile’ dan hasil yang lebih baik dari mesin laser generasi lama.



2) Apakah masalah kulit yang dirawat oleh PICO Laser?

Terapi laser Pico boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan kecacatan pada kulit. Perubahan warna kulit, parut, dan pembuangan tatu adalah yang paling lazim.

Berikut adalah beberapa masalah kulit yang boleh disembuhkan oleh Rawatan Pico Laser.

Pigmentasi

  • Solar Lentigo (Sunspots, Age spots)

  • Jeragat / Melasma

  • Freckles

  • Parut Gelap / Post-inflammatory Hyperpigmentation

  • Hori’s Nevus

  • Tatu

Inflamasi

  • Inflammatory Acne

  • Red acne marks (Post-inflammatory erythema)

Meremajakan Kulit

  • Liang pori yang besar

  • Parut Jerawat


3) Apa kebaikan Pico Laser berbanding laser generasi lama?

Pico laser ini adalah teknologi laser terbaru yang mempunyai 1000 kali lebih cepat pancaran laser nya berbandng laser yang lama, oleh itu PICO laser ini lebih selamat, lebih berkesan , dan juga boleh merawat PARUT JERAWAT.


4) Bagaimana rawatan laser Pico berfungsi untuk parut jerawat?

  1. Laser akan menghasilkan kecederaan haba / thermal pada kawasan kulit.

  2. Kulit yang cedera akan menghasilkan mekanisme penyembuhan semulajadi.

  3. Laser Pico menukar tenaga laser kepada gelombang tekanan lembut untuk mengaktifkan isyarat sel untuk mencipta kolagen baharu dan memulakan tindak balas imun semula jadi badan.


5) Berapa kali rawatan Pico laser diperlukan?

Tempoh rawatan dan jumlah rawatn akan berbeza untuk setiap individu, tetapi kebanyakan pesakit biasanya memerlukan satu siri 3-4 rawatan untuk mendapatkan hasil. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau, sebelum memulakan rawatan doktor kami akan berbincang dan menasihati anda dengan lebih lanjut.




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping