Memang banyak di antara kita mempunyai ketulan / biji , bump pada muka kita.Dan yang sering kita dengar ia adalah ‘lapisan kolesterol’
Tapi tahukah anda, bukan semua itu disebab kan oleh kolesterol?
Xanthelasma ( lapisan kolesterol)
Xanthelasma adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh pemendapan kolesterol pada permukaan kulit. Lapisan berwarna kekuningan ini sering berlaku di bahagian kelopak mata. Mempunyai size sekitar 1cm.
Ia disebabkan oleh pelbagai sebab , seperti penyakit hati, kandungan lepak yang tinggi dan sebagainya.
Syringoma ( biji kolestrol)
Walupon sering di panggil biji kolestrol, Syringroma adalah keadaan dimana kelenjar peluh (eccrine) pada dermis (lapisan kulit yang lebih dalam) membesar. Ia kelihatan seperti ‘bumb’ kekuningan, yang kebiasaannya terjadi pada kawasan mata dan tulang pipi atas. Mempunyai size sekitar 1-3mm
Sebaceous hyperplasia
Sebaceous hyperplasia adalah pembesaran kelanjar sebum ( minyak). Biasa berlaku pada orang pertengahan umur atau lebih tua. Ia boleh muncul ‘satu-satu’ atau berkelompok. Sering terjadi pada bahadian yang mempunyai kelenjar minyak yang banyk seperti kawatab hidung , dahi dan dagu.
Parut papular
Parut papular ialah parut jerawat. Ia kelihatan seperti benjolan benjolan kecil yang menyebabkan texturex kulit tidak sekata. Ia berwarna kulit Kebiasaan nya terjadi pada dagu dan hidung. Mempunyai size sekitar 3-4mm,
Milia
Milia adalah ‘bump’/ ‘biji’ pada lapisan dalam kulit yang mengandungi keratin (protein kulit). Ketulan kecil berwarna putih seperti mutiara muncul biasanya berlaku di kawasan seperti pipi, sekitar mata dan dahi. Mempunyai size sekitar 1-2mm
Rawatan
Walaupun penyebab keadaan kulit ini semua adalah berbeza, namun rawatannya agak serupa.
TIADA KRIM ? PRODUK KOSMETIK dapat yang boleh menanggalkan bump / lapisan kolesterol ini .
Prosedur seperti rawatan pembedahan atau mengunakan laser boleh di lakukan untuk merawatnya.
Di Klinik Dr Diana, doktor kami akan memeriksa keadaan kulit terlebih dahulu sebelum merangka rawatan untuk membuang dan menghindarkan sepaya tidak kembali.
Untuk sebarang pertanyaan , hubungi kami untuk penerangan lanjut.
#klinikparutjerawat
#picolaser