icon-search

Apa Itu Jeragat Timbul / Kutil / Seborrheic Keratosis ?

JENIS-JENIS  injectable REJURAN (3)

SEBORRHEIC KERATOSIS = JERAGAT TIMBUL = KUTIL


adalah pertumbuhan kulit yang biasa ditemui pada orang dewasa, disebabkan peningkatan usia.


Jerawat timbul cenderung untuk terjadi di kawasan muka dan badan dan sering kelihatan tidak sedap dipandang, menyebabkan ramai yang mendapatkan rawatan.


Digelar dengan mesra sebagai KUTIL atau JERAGAT TIMBUL  (aka Seborrhoeic keratosis) ialah ketumbuhan kulit yang tidak berbahaya yang biasa terjadi apabila kita meningkat usia. Jeragat timbul tidak disebabkan oleh jangkitan virus. Ia adalah pertumbuhan kulit yang tidak berbahaya pada lapisan atas kulit (epidermis). 


PUNCA JERAGAT TIMBUL

Tanda penuaan ekstrinsik dan mungkin dikaitkan dengan pendedahan UV yang kronik. Walaupun hipotesis virus telah dikemukakan, ia tidak dapat dibuktikan dengan jelas dalam kajian terkini.


BAGAIMANA RUPA JERAGAT?


Jeragat timbul cenderung tertumpu pada muka, leher, lengan dan kawasan badan. Jeragat timbul yang tumbuh perlahan-lahan berbentuk bulat hingga bujur dengan permukaan kasar dan kelihatan melekat pada kulit. Dalam sesetengah kes, mereka boleh muncul secara tiba-tiba.


Pada peringkat awal kelihatan pucat atau berwarna coklat muda, dan ia akan menjadi semakin gelap selama bertahun-tahun. Ini mungkin membimbangkan sesetengah pesakit tentang kanser kulit, apabila mereka melihat perubahan dalam warna dan saiz jeragat timbul. ia mungkin menyebabkan kerengsaan kulit, tetapi kebanyakan pesakit mengadu bahawa jeragat timbul kelihatan tidak menarik secara kosmetik.


CARA DIAGNOS JERAGAT TIMBUL


Kebanyakan jeragat timbul boleh didiagnosis berdasarkan penampilan klinikal.


Dalam kes di mana terdapat keraguan diagnostik, biopsi kulit dijalankan untuk mengesahkan diagnosis dan untuk mengesahkan ia bukan kanser kulit.




RAWATAN JERAGAT TIMBUL


Oleh kerana jeragat timbul adalah tidak berbahaya, kebanyakannya boleh dibiarkan begitu sahaja dengan selamat.


Bagi individu yang ingin ia dibuang atas sebab kosmetik atau kerengsaan, pelbagai kaedah rawatan yang boleh dilakukan


  • electrosurgery

  • liquid nitrogen

  • laser surgery


Walaupun secara am nya , SEBORRHEIC KERATOSIS / JERAGAT TIMBUL / KUTIL ini tidak merbahaya, tetapi, ia sangat memberi kesan kepada penampilan wajah seseorang.


Kebanyakan dari klient kami datang dapatkan rawatan pada peringkat adalah kerana risau lama- kelamaan akan menjadi lebih teruk dan banyak, seperti ahli keluarga mereka yang lebih tua.



COMMON QUESTION?


  1. Adakah rawatan membuang jeragat timbul menyakitkan ?


Rawatan dilakukan menggunakan anestesia topikal untuk keselesaan anda. Kebanyakan pesakit mengatakan prosedur pembuangan jeragat timbul hampir tidak menyakitkan.


  1. Bagaimankah penjagaan selepas rawatan?


Anda perlu memastikan luka anda bersih dan melakukan ‘“dressing” jika jeragat timbul  anda sangat besar. Antibiotik topikal akan diberikan untuk mengurangkan risiko jangkitan.



  1. Bolehkan jeragat timbul berulang ?


Dalam sesetengah kes, jeragat timbul boleh kembali jika anda tidak menghalang daripada kerosakan matahari. Semasa dan selepas rawatan, hadkan pendedahan kepada cahaya UV.



  1. Siapa yang senang  mendapat jeragat timbul? 


Sesiapa sahaja boleh mendapat jeragat timbul, tetapi yang paling biasa: Orang yang berumur 50 tahun ke atas. Jeragat timbul biasanya mula muncul pada usia pertengahan, dan jarang pada orang yang lebih muda.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping